Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran

Hari ni Selangor cuti

Melaka ado? Ahaks.

Tapi aku pun tak cuti 

Sebab attachment aku di Kuala Lumpur! Tsskkk!


[A]

Tuesday, August 16, 2011

Kurung Hijau Berkain Batik

Aku tak pandai menulis. Sebab aku bukan penulis hebat yang mampu menghasilkan karya agung.
Tapi aku suka menulis berbanding bercakap. Mulut aku berat. Ada emas kata cikgu darjah 5.

Alahai.
Kalau kamu telefon aku untuk mengadu, aku cuma mampu jadi pendengar setia.
Tapi kalau kamu SMS aku, RM 10 aku habiskan dengan ucapan yang pelbagai.

Berbalik kepada tajuk asal.
Hari ini aku berbaju kurung hijau berkain batik duduk dibalik pohon ceri.
(Sampaikan burung dan kucing pun tak nampak aku di sebalik pokok)

Sementara menunggu driver kesayangan datang menjemput, banyak helaian putih dah aku contengkan dengan bermacam kata-kata. Bukan karya agung. Cuma luahan hati.

Driver sampai.
Keronyokkan kertas.
Buang.

[A]

Hujan Petang

Pagi selalunya belum tentu cerah
Tapi pagi tadi, matahari macam sengaja nak serang aku.
Silau okay!

Ku sangkakan panas hingga ke petang...
Tapi rupanya...
Haih!


[A]

Monday, August 15, 2011

Pendek

Kalau boleh, mahu sentiasa bersamanya.
Dua puluh empat jam.



[A]

Sunday, August 14, 2011

Cerita pasal membuang segala perihal buang.

Pernah rasa tak bila kau dah fully dalam keadaan wudhuk tiba-tiba kau rasa nak terbuang air kecil atau nak terbuang angin. Aku selalu macam tu.
Kadang-kadang rasa nak marah kut.
Sebelum dalam keadaan wudhuk takde pula rasa nak terbuang semua tu kan.

Tapi selalunya aku tak tahu nak marah kat siapa.
Tapi aku tahu, ni mesti syaiton punya kerja!



♥N





Huh!

Nak merajuk tapi hati dah malas.

Matikan telefon bimbit.

Abaikan sahaja. 

Abaikan.


[A]

Kembali

Wah! Header baru! Chantekkkk...
(kau memang keji A, sampai header baru pun tak perasan!)

Okay-okay...Simpan pelik anda Cik N
Saya baik-baik aja di sini.

Meh sini nak cakap sikit. "Blog itu tidak aktif buat masa ini"
Maka dengan itu, mari aktif di sini bersama.

Jangan merajuk! Buang masa aja.

p/s: Cik N! sepuluh tahun lagi kau dah kahwin kot! sampai hati!

[A]