Tuesday, August 16, 2011

Kurung Hijau Berkain Batik

Aku tak pandai menulis. Sebab aku bukan penulis hebat yang mampu menghasilkan karya agung.
Tapi aku suka menulis berbanding bercakap. Mulut aku berat. Ada emas kata cikgu darjah 5.

Alahai.
Kalau kamu telefon aku untuk mengadu, aku cuma mampu jadi pendengar setia.
Tapi kalau kamu SMS aku, RM 10 aku habiskan dengan ucapan yang pelbagai.

Berbalik kepada tajuk asal.
Hari ini aku berbaju kurung hijau berkain batik duduk dibalik pohon ceri.
(Sampaikan burung dan kucing pun tak nampak aku di sebalik pokok)

Sementara menunggu driver kesayangan datang menjemput, banyak helaian putih dah aku contengkan dengan bermacam kata-kata. Bukan karya agung. Cuma luahan hati.

Driver sampai.
Keronyokkan kertas.
Buang.

[A]

No comments: